Thursday, March 9, 2017

KELEMAHAN ICT UNTUK KANAK-KANAK

Ø  Kanak-kanak menjadi ketagih apabila bermain komputer yang mempunyai permainan yang menarik dan permainan tersebut memberi ganjaran apabila berjaya. Oleh itu, kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi menyebabkan mereka ketagih sehingga menjejaskan kesihatan mereka dari segi mata dan kesihatan fizikal lain.

Ø  ICT juga memberikan impak yang buruk kepada kanak-kanak jika tidak di cegah atau dikawal dari awal dan boleh menyebabkan kanak-kanak dapat mengetahui perkara yang melankaui batas umur perkembangan mereak yang tidak sepatutnya ketahui. Sebagai contoh bahan-bahan pronologi yang banyak tersebar di laman sosial.

Ø  Dengan penggunaan teknologi juga kanak-kanak akan mengalami masalah pembelajaran dari segi sebutan yang tidak betul kerana mereka hanya mendengar sahaja perkataan tersebut tetapi tidak menyebut sendiri. Hal ini, menyebabkan artikulasi mereka tidak terlatih menyebabkan sebutan mereka kurang betul.


Ø  Kanak-kanak akan tidak menunjukkan bakat sebenar mereka terhadap sesuatu perkara yang tidak dapat dinilai dan menyebabkan bakat kanak-kanak terbiar begitu sahaja. Oleh kerana deria perkembangan mereka tidak berkembang kerana mereka tidak  mengetahui sesuatu yang sebenar. 

No comments:

Post a Comment