Thursday, March 9, 2017
KEBAIKAN ICT UNTUK KANAK-KANAK
Kecanggihan atau pemodenan teknologi pada hari ini begitu
pesat membangun terutama dalam bidang ICT. Antara teknologi ICT ialah komputer,
telefon, televisyen, internet, telefon bimbit, permainan digital dan pelbagai
lagi yang boleh kita temui pada hari ini. Malah teknologi ini terdapat dalam
pelbagai bentuk dan saiz. Melalui penggunaan ICT pelbagai manfaat yang kita
mampu perolehi termasuk kepada kanak-kanak. Terdapat beberapa kebaikan ICT
kepada kanak-kanak ialah :
1-
MEMUDAHKAN PROSES PEMBELAJARAN KEPADA
KANAK-KANAK
Dengan penggunaan ICT proses pengajaran dan
pembelajaran untuk kanak-kanak pra sekolah akan lebih mudahdan senang. Dengan
adanya penggunaan ICT di dalam kelas tahap pencapaian kefahaman murid akan
lebih tinggi. Murid-murid akan lebih cepat memahami apa yang ingin disampaikan
oleh guru dan guru akan lebih mudah unuk memberi kefahaman kepada murid. Oleh
itu, proses pengajaran akan lebih mudah dan berkesan.
2-
MENINGKATKAN DAYA KREATIVITI DAN IMAGENASI
Melalui ICT mampu meningkatkan daya
kreativiti dan imegenasi murid. Kana-kanak akan lebih cepat bertindak balas
apabila mendapat sesuatu yang nyata dan mempunyai daya tarikan warna yang
menarik, cahaya, bunyi dan gambar. Penggunaan ICT dapat memberi gambaran
sesuatu yang jelas akan membolehkan murid lebih cepat berfikir.
3-
MAHIR PENGGUNAAN ICT
Kemajuan teknologi pada hari ini
memperlihatkan bertapa pentingnya kemudahan teknologi. Boleh dikatakan setiap
orang mampu dan pandai menggunakan teknologi moden teruma berkaitan ICT.
4-
KUALITI PDP
Kualiti ini akan bertambah baik seadainya
teknologi ICT diimplementasikan kerana teknologi tersebut boleh meningkatkan
minat dan motivasi kanak-kanak, di samping boleh mempercepatkan proses sesi
pembelajaran. Dengan adanya kemahiran teknologi ICT memberi perubahan kepada
kanak-kanak dari segi penimbaan, penggunaan dan pengedaran ilmu pengetahuan.KELEMAHAN ICT UNTUK KANAK-KANAK
Ø
Kanak-kanak menjadi ketagih apabila bermain
komputer yang mempunyai permainan yang menarik dan permainan tersebut memberi
ganjaran apabila berjaya. Oleh itu, kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu
yang tinggi menyebabkan mereka ketagih sehingga menjejaskan kesihatan mereka
dari segi mata dan kesihatan fizikal lain.
Ø
ICT juga memberikan impak yang buruk kepada
kanak-kanak jika tidak di cegah atau dikawal dari awal dan boleh menyebabkan
kanak-kanak dapat mengetahui perkara yang melankaui batas umur perkembangan
mereak yang tidak sepatutnya ketahui. Sebagai contoh bahan-bahan pronologi yang
banyak tersebar di laman sosial.
Ø
Dengan penggunaan teknologi juga kanak-kanak
akan mengalami masalah pembelajaran dari segi sebutan yang tidak betul kerana
mereka hanya mendengar sahaja perkataan tersebut tetapi tidak menyebut sendiri.
Hal ini, menyebabkan artikulasi mereka tidak terlatih menyebabkan sebutan
mereka kurang betul.
Ø
Kanak-kanak akan tidak menunjukkan bakat sebenar
mereka terhadap sesuatu perkara yang tidak dapat dinilai dan menyebabkan bakat
kanak-kanak terbiar begitu sahaja. Oleh kerana deria perkembangan mereka tidak
berkembang kerana mereka tidak
mengetahui sesuatu yang sebenar.
RAPLIKA TADIKA PINTAR CERDAS
Antara tugasan yang telah diberikan kepada kami pada semester 2 iaitu, kami ditugaskan untuk membuat pelan tadika dan raplika tadika oleh pensyarah. Kami telah diberi diberi masa untuk menyiapkan raplika tadika yang di impikan oleh kami semua. Selain itu, tadika kami berkonsepkan tadika yang ceria dan digemari oleh semua kanak-kanak. Hasil kerja yang telah kami lakukan ini dengan jayanya serta semangat kumpulan yang sangat bekerjasama antara satu sama lain dalam proses membuat pelan tadika ini.
Tuesday, March 7, 2017
KEPENTINGAN PENGGUNAAN ICT DALAM PEMBELAJARAN KANAK-KANAK
Ø Penggunaan
ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan
keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana ia membantu guru untuk
mendapatkan bahan pengajaran dan guru dapat membuat persiapan dan bersedia
dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
Ø Proses
pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan contohnya
menggunakan alat powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu
mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Hal ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.
Ø Mempelbagaikan
proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan
sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan
pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.
Ø Melalui
penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan murid akan lebih
menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap
subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat
yang diperolehi.
Ø Memberi
peluang pembelajaran yang sama kepada semua yang pelbagai keupayaan. Di dalam
sesebuah kelas tidak semua murid mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima
sesuatu yang di ajar oleh guru. Walaupun terdapat murid yang agak lemah di
dalam kelas, namun mereka juga boleh belajar dan menggunakan kompter di kelas.
Ø Pengunaan
peralatan seperti ICT amat penting dalam membantu murid untuk menjelajah dunia
internet dan melalui internet, mereka dapat membuat banyak aktiviti yang
melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak yang mendorong mereka terlibat
secara lebih aktif dalam pembelajaran.
Ø Membolehkan
murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil
atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa serta dapat meningkatkan daya
kreativiti dan imaginasi mereka.
Sunday, March 5, 2017
LIRIK LAGU KANAK-KANAK
LAGU 1 → BANGUN PAGI 😐
BANGUN PAGI GOSOK GIGI,
CUCI MUKA TERUS MANDI,
PAKAI BAJU MINUM SUSU,
SALAM AYAH DAN IBU,
PERGI SEKOLAH JALAN KAKI,
JUMPA CIKGU DEPAN PINTU,
SELAMAT PAGI CIKGU SA'AMAH,
SELAMAT PAGI CIKGU AISHAH,
RAJIN BELAJAR CIKGU AJAR,
PANDAI TULIS, PANDAI LUKIS,
PANDAI NYANYI, BACA BUKU,
SEMUA ORANG SUKA HATI,
KALAU KITA RAJIN USAHA,
IBUBAPA GEMBIRA,
MARI KAWAN SAMA-SAMA,
PASTI KITA BERJAYA !
LAGU 2
"TANGAN SAYA"
TANGAN DI KEPALAKU,
DI MUKA DAN DI BAHU,
DI PINGGANG, DI SISI,
DI BELAKANG KU SEMBUNYI,
KU ANGKAT TINGGI,
JEJARI KU MENARI,
KE DEPAN TANGAN KU,
TEPUK TANGAN BERSAMA, YES
LAGU 3
"MANA IBU"
MANA IBU, MANA IBU,
DI SINI, DI SINI,
APA KHABAR AWAK,
SAYA KHABAR BAIK,
LARI SEMBUNYI, LARI SEMBUNYI.
(ulang untuk telunjuk, hantu, manis dan kelingking)
LAGU 4
"TANYA SAMA POKOK"
TANYA SAMA POKOK,
APA SEBAB GOYANG,
NANTI JAWAB POKOK,
ANGIN YANG GOYANG
,
TANYA SAMA ANGIN,
APA SEBAB GOYANG,
NANTI JAWAB ANGIN,
TANYALAH AWAN.
AWAN NANTI KATA,
AKU KANDUNG AIR,
SAMPAI TEMPAT TEDUH,
AKU PUN CAIR,
LIHAT DALAM AIR,
NAMPAK BAYANG-BAYANG,
CAMPAK SATU BATU,
BAYANG PUN HILANG.
LAGU 5
"RUMAH KECIL SAYA"
RUMAH KECIL SAYA,
ADA TAMAN BUNGA,
BUNGA WARNA WARNI,
HARUM DAN WANGI,
RUMAH KECIL SAYA,
ADA TINGKAP DUA,
LANGSIR WARNA BIRU,
DIBUAT IBU
LAGU 6
"RAMA-RAMA"
DARI ULAT JADI KEPOMPONG,
TIDUR NYENYAK DALAM KELONGSONG,
CUKUP MASA KELONGSONG PECAH,
POM! POM!
JADILAH RAMA-RAMA YANG INDAH,
RAMA-RAMA TERBANG MERATA,
HISAP MADU DI POHON BUNGA
SUNGGUH CANTIK ANEKA WARNA,
TAPI SAYANG HIDUP TAK LAMA,
BEGITULAH HIDUP MANUSIA,
PADA ALLAH KITA BERDOA,
AGAR JADI INSAN MULIA,
TAPI SAYANG HIDUP TAK LAMA.
LAGU 7
"MATA SAYA"
MATA SAYA DUA,
HIDUNG SAYA SATU,
TELINGA SAYA DUA,
KIRI DAN KANAN,
KAKI SAYA DUA, PAKAI KASUT BARU,
MULUT SAYA SATU,
TAK HENTI MAKAN.
LAGU 8
"ANGKAT TANGAN"
ANGKATLAH TANGAN KANAN,
ANGKATLAH TANGAN KIRI,
GOYANGKAN TANGAN KANAN,
GOYANGKAN TANGAN KIRI,
TUNJUKKAN KAKI KANAN,
TUNJUKKAN KAKI KIRI,
HENTAKKAN KAKI KANAN,
HENTAKKAN KAKI KIRI.
LAGU 9
"IKAN KEKEK"
IKAN KEKEK MAK ILOI, ILOI,
IKAN GELAMA MAK ILAI, ILAI,
SUNGGUH CANTIK ADIKKU AMBOI,
TAPI KETAWA MENGILAI-NGILAI.
IKAN KEKEK MAK ILOI, ILOI,
IKAN GELAMA MAK ILAI, ILAI,
KALAU ADIK NAK JADI PANDAI,
MARI BELAJAR, JANGANLAH LALAI.
IKAN KEKEK HOI !,
IKAN KEKEK.......
LAGU 10
"GAJAH"
GAJAH BERKAKI EMPAT,
GELEK, GELEK,
GAJAH BELALAI PANJANG,
GELEK, GELEK,
GADING DIA PANJANG,
TAPI TIDAK MAKAN ORANG,
KALAU ADIK INGIN TAHU,
APA MAKANAN GAJAH,
LA, LA, LA, LA...................
GAJAH MAKAN TEBU.
LAGU 11
"GAJAH 2"
APABILA BILA BULAN TERANG BERSERI,
SEEKOR GAJAH KELUAR MENARI,
LENGGOK KE KANAN, DAN LENGGOK KE KIRI,
JEMPUT SEEKOR, KELUAR MENARI.
LAGU 12
"AWAN"
AWAN BERGERAK, GERAK,
PUTIH SEPERTI KAPAS,
RUPA CANTIK BERCORAK,
BERGERAK DENGAN BEBAS
LAGU 13
"KERETA KECIL"
BAPAKU PULANG DARI KOTA,
BAPAKU BELIKAN KERETA,
KERETA KECIL WARNA MERAH,
BOLEH KU BAWA KE SEKOLAH,
PON, PON, PON, PON, PON, PON, PON,
KERETA KECIL KU BERBUNYI,
MARILAH ADIK MARI NAIK,
BOLEH KU BAWA KE RUMAH NENEK.
LAGU 14
"ULAT GONGGOK"
DATANGLAH ULAT GONGGOK,
JALAN BERLENGGANG LENGGOK,
DI MANAKAH KAKI SAYA,
KALAU IA TAK JUMPA,
KAN KU CARI JUA,
WALAU PUN KE KAMPUNG JAWA,
LOMPATLAH, LOMPATLAH,
DI MANAKAH KAKI SAYA,
KALAU IA TAK JUMPA,
KAN KU CARI JUA,
WALAU PUN KE KAMPUNG JAWA.
LAGU 15
"GAJAH 3"
BELALAI GAJAH PANJANG,
BADAN HITAM BESAR,
KAKI MACAM TIANG,
DUA TELINGA LEBAR,
TELINGA MACAM KIPAS,
JALAN BONGKOK-BONGKOK,
GAJAH TIDAK MALAS,
KUAT TOLAK POKOK.
LAGU 16
"BINTANG KECIL"
BINTANG KECIL DI LANGIT YANG TINGGI,
AMAT INDAH MENGHIAS ANGKASA,
AKU INGIN TERBANG DAN MENARI,
JAUH TINGGAI DI TEMPAT KAU BERADA.
LAGU 17
"BILA KITA BERKUMPUL"
BILA KITA BERKUMPUL,
BERKUMPUL, BERKUMPUL,
BILA KITA BERKUMPUL,
RASA GEMBIRA,
KAWAN KU, KAWAN MU,
KAWAN MU, KAWAN KU,
BILA KITA BERKUMPUL RASA GEMBIRA.
LAGU 18
LAGU TIGA KUPANG
Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali
Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja
( korus )Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula hey !
Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Pagut batang hidung
LAGU 19
BANGAU OH BANGAU
BANGAU OH BANGAU
KENAPA ENGKAU KURUS
MACAM MANE AKU TAK KURUS
RUMPUT PANJANG SANGAT (2x)
RUMPUT OH RUMPUT
KENAPA PANJANG SANGAT
MACAM MANE AKU TAK PANJANG
KERBAU TAK MAKAN AKU.....KERBAU OH KERBAU
KENAPA TAK MAKAN RUMPUT
MACAM MANE AKU NAK MAKAN
PERUT AKU SAKIT (2X)
PERUT OH PERUT
KENAPA ENGKAU SAKIT
MACAM MANA AKU TAK SAKIT
KAYU API BASAH(2X)
KAYU OH KAYU
KENAPA ENGKAU BASAH
MACAM NAMA AKU TAK BASAH
HUJAN TIMPA KAYU (2X)
HUJAN OH HUJAN
KENAPA ENGKAU TIMPA KAYU
MACAM MANA AKU TAK TIMPA
KATAK PANGGIL AKU (2X)
KATAK OH KATAK
KENAPA PANGGIL HUJAN
MACAM MANA AKU TAK PANGGIL
ULAR NAK MAKAN AKU (2X)
ULAR 0H ULAR
KENAPA NAK MAKAN KATAK
MACAM MANA AKU TAK MAKAN
MEMANG MAKANAN AKU..(2x)
LAGU 20
BURUNG KAKAK TUA
burung kakak tua
hinggap di jendela
nenek sudah tua
giginya tinggal dua
lecum.. lecum....lecum ulala....
lecum.. lecum....lecum ulala....lecum..
lecum....lecum ulala....
giginya tinggai 2
LAGU 21
Can Mali Can
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung
Ooo... Ooo... Ooo...Can Mali Can
Ooo Ooo Can Mali Can
Ooo Ooo Can Mali Can Ketipung Payung
Ooo... Ooo... Ooo...Can Mali Can
Ooo Ooo Can Mali Can
Ooo Ooo Can Mali Can Ketipung Payung
LAGU 22
ANAK RUSA NANI
anak rusa nani
baru kembang ekor
apa salah kami
lalu tidak tegur
anak rusa nani
baru pandai jalan
apa salah kami
harap di maaf kan..
LAGU 23
Jong Jong Inai
Jong jong inai Mak ipong waja wali( 2X )
Jong jong inaiMak ipong waja wali
Sepak tunggul inai
Berdarah ibu kaki( 2X )
Semangkuk jerluk
Sepinggan dagang
Tak cukup pulut
Tambah nasi dagang( 2X )
Jong jong inai
Mak ipong waja wali( 2X )
LAGU 24
Rasa Sayang
Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey
( di ikuti dengan pantun klasik/tradisional )
Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey
LAGU 25
Tepuk Amai-Amai
Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk ramai-ramai
Emak upah susu
Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak ada kerja
LAGU 26
Lagu: Kucing Saya
Saya ada kucing
Ekornya panjang
Bulu warna putih
Cantik berbelang
Bila saya panggil
Dia pun datang
Tersangat manjanya
Saya pun sayang
Saya beri makan
Nasi campur ikan
Beri minum susu
Riang selalu
Jaga waktu malam
Tidur waktu siangT
ersangat manjanya
Saya pun sayang
LAGU 27
LAGU: ANGKAT TANGAN
ANGKATLAH TANGAN KANAN,
ANGKATLAH TANGAN KIRI,
GOYANGKAN TANGAN KANAN,
GOYANGKAN TANGAN KIRI,
TUNJUKKAN KAKI KANAN,
TUNJUKKAN KAKI KIRI,
HENTAKKAN KAKI KANAN,
HENTAKKAN KAKI KIRI.
LAGU 28
Lagu: Ku Tanam Pokok Bunga
kutanam pokok bunga
bunga mawar namanya
kusiram dan kujaga
lama besar jadinya
kupetik bunga mawar
kuselit di telinga
kujalan sini sana
harum wangi baunya
LAGU 29
Lagu Mana Cacing?
Mana cacing (2X)
Di sini (2X)
Hidup dalam tanah (2X)
Sembunyi (2X)
Mana cacing (2X)
Makan apa (2X)
Saya makan daun (2X)
Sedapnya (2X)
tune: lagu mana ibu
LAGU 30
Lagu: Lompat Si Katak Lompat
Lompat si katak lompat
Lompatlah tinggi-tinggi
Katak berkaki empat
Bertelur dalam perigi
Telur dilindung buih
Menetas jadi berudu
Berenang di dalam air
Ke hilir mencari ibu
c/o:
Berudu-berudu makin membesar
Tumbuh kaki belakang
Kaki depan keluar
Ekor panjang hilang
Berudu dah cukup sifat
Jejari mula melekat
Anak katak menjadi kuat
Ke darat terus melompat
LAGU 31
Lompat Si Katak Lompat -versi tradisional
Lompat si katak lompat
Lompatlah tinggi-tinggi
Cepatlah adik cepat
Cepatlah bangun pagi-pagi
c/o:
Kalau adik malas lagi
Malas bangun pagi
La la la la la la la ( 2x)
Nanti kita rugi.
LAGU 32
Lagu: Air Pasang Pagi
Air pasang pagi
Surut pukul lima
Nyonya bangun pagi
Siram pokok bunga
Pokok bunga Melur
Tanam tepi batas
Itik bertelur
ayam menetas
Cik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit-jerit
Naik kereta api sampai Kuala Lumpur
Jumpa bini cantik terselit dalam dapur
pur pur pur pur.......
LAGU 33
Lagu: Bunyi Jam
Tik tok tiki tiki tok
Bunyi jam di dinding rumahku
Tik tok tiki tiki tok
Masa terus berlalu
Belajar bermain masanya tertentu
Tra la la tra la la
Tra la li tra la la
Tra la lu tra la lu
Aku belajar selalu
Tik tok tiki tiki tok
Bunyi jam mengingatkanku
Tik tok tiki tiki tok
Masa terus berlalu.
LAGU 34
Lagu: Kereta api
Cus cus cus keretapi,
Cus cus cus cus bunyinya
Laju-laju ke depan hebat sekali
Tar tar tar bunyi roda
Pon pon bunyi semboyan
Saya sangat gembira
Bersama kawan-kawan
LAGU 35
Lagu: Sayang Keluarga
Satu satu saya sayang ibu
dua saya sayang ayah
Tiga tiga sayang adik kakak
1 2 3 sayang semuanya.
LAGU 36
Lagu: Rajin Adik Rajin
Rajin adik rajin
Rajinlah belajar
Bila besar nanti
Boleh tunjuk ajar
Ayah juga ibu
Gembira selalu
Melihat adikku
Rajin baca buku
LAGU 37
Lagu: Angin
Lembut hembusannya dapat ku rasa
Tak nampak rupanya pegang tak jaya
Bertiup Perlahan ku rasa nyaman
Bila jadi ribut orang pun takut
Banyaklah gunanya banyak bencana
Jangan dirisaukan kurniaan Tuhan
Kadang kala kencang dia memberang
Kadang kala dingin itulah angin.
LAGU 38
Lagu: Bintang Kecil
Bintang kecil di langit yang tinggi
amat indah menghias angkasa
aku ingin terbang
dan menari jauh
tinggi ke tempat kau berada
Aku ingin terbang dan menari
Jauh tinggi ke tempat kau berada
LAGU 39
Lagu: Hujan Dah Turun
Tip tap tip tap
hujan dah turun
Tip tap tip tap
hujan dah turun
Tip tap tip tap
baju dah basah
Mari kita ambil payung.
LAGU 40
labah-labah.
satu labah labah
cuba panjat tinggi
bila hujan turun
labah cepat lari
terbit matahari
hujan tiada lagi
labah labah cuba panjat
sekali lagi.
LAGU 41
TEKO COMEL
Saya teko comel
Cantik dan menarik
Ini tangkai saya
Ini muncung saya
Bila wap keluar
saya pun berbunyi
Angkat saya
dan tuangkannya
LAGU 42..
HUJAN
Tik tok.. tik tok..,
hujan dah turun
Tik tok.. tik tok..,
Hujan dah turun
Tik tok.. tik tok..
Baju dah basah
Mari kita ambil payung..
LAGU 43
PONDOK DI HUTAN
Sebuah pondok di dalam hutan,
Si anak rusa di tingkap memandang,
Seekor arnab berlari-lari,
Mengetuk pintu,
” tolong-tolong” katanya
”Si pemburu nak tembak saya”
Mari masuk ke dalam
Bersuka ria..
LAGU 44
BURUNG-BURUNG RIANG
Pagi dah menjelma,
Bersinar suria,
Hari pun cerah,
Burung-burung pula,
Terbang sini sana
Menyayi riang
Bila hari petang
Burung-burung pulang
Masuk ke sarang
Hari mulai gelap
Suria pun terbenam
Hari pun malam.
LAGU 45
BAJU BARU
Ku pakai baju baru
Dibeli oleh ibu
Sungguh riang rasa hatiku
Bila berjalan-berjalan
bersama kawan-kawan
akan ku pakai baju baru
Bila berjalan jalan
bersama kawan-kawan
akan ku pakai baju baru
(ULANG 2X)
LAGU 46
DENGAR PESANAN
Dengar pesan ibu
Dengar pesan Ayah
Rajin baca buku
Rajin ke sekolah
Dengar pesan guru
Buat kerja rumah
Balik tolong ibu
Juga tolong ayah ( 2x)
LAGU 47
RAMA-RAMA
Sayapnya berwarna-warni
Sesungut bercabang dua
Menghisap madu manis rasanya
Itulah dia si rama-rama
BANGUN PAGI GOSOK GIGI,
CUCI MUKA TERUS MANDI,
PAKAI BAJU MINUM SUSU,
SALAM AYAH DAN IBU,
PERGI SEKOLAH JALAN KAKI,
JUMPA CIKGU DEPAN PINTU,
SELAMAT PAGI CIKGU SA'AMAH,
SELAMAT PAGI CIKGU AISHAH,
RAJIN BELAJAR CIKGU AJAR,
PANDAI TULIS, PANDAI LUKIS,
PANDAI NYANYI, BACA BUKU,
SEMUA ORANG SUKA HATI,
KALAU KITA RAJIN USAHA,
IBUBAPA GEMBIRA,
MARI KAWAN SAMA-SAMA,
PASTI KITA BERJAYA !
LAGU 2
"TANGAN SAYA"
TANGAN DI KEPALAKU,
DI MUKA DAN DI BAHU,
DI PINGGANG, DI SISI,
DI BELAKANG KU SEMBUNYI,
KU ANGKAT TINGGI,
JEJARI KU MENARI,
KE DEPAN TANGAN KU,
TEPUK TANGAN BERSAMA, YES
LAGU 3
"MANA IBU"
MANA IBU, MANA IBU,
DI SINI, DI SINI,
APA KHABAR AWAK,
SAYA KHABAR BAIK,
LARI SEMBUNYI, LARI SEMBUNYI.
(ulang untuk telunjuk, hantu, manis dan kelingking)
LAGU 4
"TANYA SAMA POKOK"
TANYA SAMA POKOK,
APA SEBAB GOYANG,
NANTI JAWAB POKOK,
ANGIN YANG GOYANG
,
TANYA SAMA ANGIN,
APA SEBAB GOYANG,
NANTI JAWAB ANGIN,
TANYALAH AWAN.
AWAN NANTI KATA,
AKU KANDUNG AIR,
SAMPAI TEMPAT TEDUH,
AKU PUN CAIR,
LIHAT DALAM AIR,
NAMPAK BAYANG-BAYANG,
CAMPAK SATU BATU,
BAYANG PUN HILANG.
LAGU 5
"RUMAH KECIL SAYA"
RUMAH KECIL SAYA,
ADA TAMAN BUNGA,
BUNGA WARNA WARNI,
HARUM DAN WANGI,
RUMAH KECIL SAYA,
ADA TINGKAP DUA,
LANGSIR WARNA BIRU,
DIBUAT IBU
LAGU 6
"RAMA-RAMA"
DARI ULAT JADI KEPOMPONG,
TIDUR NYENYAK DALAM KELONGSONG,
CUKUP MASA KELONGSONG PECAH,
POM! POM!
JADILAH RAMA-RAMA YANG INDAH,
RAMA-RAMA TERBANG MERATA,
HISAP MADU DI POHON BUNGA
SUNGGUH CANTIK ANEKA WARNA,
TAPI SAYANG HIDUP TAK LAMA,
BEGITULAH HIDUP MANUSIA,
PADA ALLAH KITA BERDOA,
AGAR JADI INSAN MULIA,
TAPI SAYANG HIDUP TAK LAMA.
LAGU 7
"MATA SAYA"
MATA SAYA DUA,
HIDUNG SAYA SATU,
TELINGA SAYA DUA,
KIRI DAN KANAN,
KAKI SAYA DUA, PAKAI KASUT BARU,
MULUT SAYA SATU,
TAK HENTI MAKAN.
LAGU 8
"ANGKAT TANGAN"
ANGKATLAH TANGAN KANAN,
ANGKATLAH TANGAN KIRI,
GOYANGKAN TANGAN KANAN,
GOYANGKAN TANGAN KIRI,
TUNJUKKAN KAKI KANAN,
TUNJUKKAN KAKI KIRI,
HENTAKKAN KAKI KANAN,
HENTAKKAN KAKI KIRI.
LAGU 9
"IKAN KEKEK"
IKAN KEKEK MAK ILOI, ILOI,
IKAN GELAMA MAK ILAI, ILAI,
SUNGGUH CANTIK ADIKKU AMBOI,
TAPI KETAWA MENGILAI-NGILAI.
IKAN KEKEK MAK ILOI, ILOI,
IKAN GELAMA MAK ILAI, ILAI,
KALAU ADIK NAK JADI PANDAI,
MARI BELAJAR, JANGANLAH LALAI.
IKAN KEKEK HOI !,
IKAN KEKEK.......
LAGU 10
"GAJAH"
GAJAH BERKAKI EMPAT,
GELEK, GELEK,
GAJAH BELALAI PANJANG,
GELEK, GELEK,
GADING DIA PANJANG,
TAPI TIDAK MAKAN ORANG,
KALAU ADIK INGIN TAHU,
APA MAKANAN GAJAH,
LA, LA, LA, LA...................
GAJAH MAKAN TEBU.
LAGU 11
"GAJAH 2"
APABILA BILA BULAN TERANG BERSERI,
SEEKOR GAJAH KELUAR MENARI,
LENGGOK KE KANAN, DAN LENGGOK KE KIRI,
JEMPUT SEEKOR, KELUAR MENARI.
LAGU 12
"AWAN"
AWAN BERGERAK, GERAK,
PUTIH SEPERTI KAPAS,
RUPA CANTIK BERCORAK,
BERGERAK DENGAN BEBAS
LAGU 13
"KERETA KECIL"
BAPAKU PULANG DARI KOTA,
BAPAKU BELIKAN KERETA,
KERETA KECIL WARNA MERAH,
BOLEH KU BAWA KE SEKOLAH,
PON, PON, PON, PON, PON, PON, PON,
KERETA KECIL KU BERBUNYI,
MARILAH ADIK MARI NAIK,
BOLEH KU BAWA KE RUMAH NENEK.
LAGU 14
"ULAT GONGGOK"
DATANGLAH ULAT GONGGOK,
JALAN BERLENGGANG LENGGOK,
DI MANAKAH KAKI SAYA,
KALAU IA TAK JUMPA,
KAN KU CARI JUA,
WALAU PUN KE KAMPUNG JAWA,
LOMPATLAH, LOMPATLAH,
DI MANAKAH KAKI SAYA,
KALAU IA TAK JUMPA,
KAN KU CARI JUA,
WALAU PUN KE KAMPUNG JAWA.
LAGU 15
"GAJAH 3"
BELALAI GAJAH PANJANG,
BADAN HITAM BESAR,
KAKI MACAM TIANG,
DUA TELINGA LEBAR,
TELINGA MACAM KIPAS,
JALAN BONGKOK-BONGKOK,
GAJAH TIDAK MALAS,
KUAT TOLAK POKOK.
LAGU 16
"BINTANG KECIL"
BINTANG KECIL DI LANGIT YANG TINGGI,
AMAT INDAH MENGHIAS ANGKASA,
AKU INGIN TERBANG DAN MENARI,
JAUH TINGGAI DI TEMPAT KAU BERADA.
LAGU 17
"BILA KITA BERKUMPUL"
BILA KITA BERKUMPUL,
BERKUMPUL, BERKUMPUL,
BILA KITA BERKUMPUL,
RASA GEMBIRA,
KAWAN KU, KAWAN MU,
KAWAN MU, KAWAN KU,
BILA KITA BERKUMPUL RASA GEMBIRA.
LAGU 18
LAGU TIGA KUPANG
Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali
Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja
( korus )Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula hey !
Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Pagut batang hidung
LAGU 19
BANGAU OH BANGAU
BANGAU OH BANGAU
KENAPA ENGKAU KURUS
MACAM MANE AKU TAK KURUS
RUMPUT PANJANG SANGAT (2x)
RUMPUT OH RUMPUT
KENAPA PANJANG SANGAT
MACAM MANE AKU TAK PANJANG
KERBAU TAK MAKAN AKU.....KERBAU OH KERBAU
KENAPA TAK MAKAN RUMPUT
MACAM MANE AKU NAK MAKAN
PERUT AKU SAKIT (2X)
PERUT OH PERUT
KENAPA ENGKAU SAKIT
MACAM MANA AKU TAK SAKIT
KAYU API BASAH(2X)
KAYU OH KAYU
KENAPA ENGKAU BASAH
MACAM NAMA AKU TAK BASAH
HUJAN TIMPA KAYU (2X)
HUJAN OH HUJAN
KENAPA ENGKAU TIMPA KAYU
MACAM MANA AKU TAK TIMPA
KATAK PANGGIL AKU (2X)
KATAK OH KATAK
KENAPA PANGGIL HUJAN
MACAM MANA AKU TAK PANGGIL
ULAR NAK MAKAN AKU (2X)
ULAR 0H ULAR
KENAPA NAK MAKAN KATAK
MACAM MANA AKU TAK MAKAN
MEMANG MAKANAN AKU..(2x)
LAGU 20
BURUNG KAKAK TUA
burung kakak tua
hinggap di jendela
nenek sudah tua
giginya tinggal dua
lecum.. lecum....lecum ulala....
lecum.. lecum....lecum ulala....lecum..
lecum....lecum ulala....
giginya tinggai 2
LAGU 21
Can Mali Can
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung
Ooo... Ooo... Ooo...Can Mali Can
Ooo Ooo Can Mali Can
Ooo Ooo Can Mali Can Ketipung Payung
Ooo... Ooo... Ooo...Can Mali Can
Ooo Ooo Can Mali Can
Ooo Ooo Can Mali Can Ketipung Payung
LAGU 22
ANAK RUSA NANI
anak rusa nani
baru kembang ekor
apa salah kami
lalu tidak tegur
anak rusa nani
baru pandai jalan
apa salah kami
harap di maaf kan..
LAGU 23
Jong Jong Inai
Jong jong inai Mak ipong waja wali( 2X )
Jong jong inaiMak ipong waja wali
Sepak tunggul inai
Berdarah ibu kaki( 2X )
Semangkuk jerluk
Sepinggan dagang
Tak cukup pulut
Tambah nasi dagang( 2X )
Jong jong inai
Mak ipong waja wali( 2X )
LAGU 24
Rasa Sayang
Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey
( di ikuti dengan pantun klasik/tradisional )
Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey
LAGU 25
Tepuk Amai-Amai
Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk ramai-ramai
Emak upah susu
Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak ada kerja
LAGU 26
Lagu: Kucing Saya
Saya ada kucing
Ekornya panjang
Bulu warna putih
Cantik berbelang
Bila saya panggil
Dia pun datang
Tersangat manjanya
Saya pun sayang
Saya beri makan
Nasi campur ikan
Beri minum susu
Riang selalu
Jaga waktu malam
Tidur waktu siangT
ersangat manjanya
Saya pun sayang
LAGU 27
LAGU: ANGKAT TANGAN
ANGKATLAH TANGAN KANAN,
ANGKATLAH TANGAN KIRI,
GOYANGKAN TANGAN KANAN,
GOYANGKAN TANGAN KIRI,
TUNJUKKAN KAKI KANAN,
TUNJUKKAN KAKI KIRI,
HENTAKKAN KAKI KANAN,
HENTAKKAN KAKI KIRI.
LAGU 28
Lagu: Ku Tanam Pokok Bunga
kutanam pokok bunga
bunga mawar namanya
kusiram dan kujaga
lama besar jadinya
kupetik bunga mawar
kuselit di telinga
kujalan sini sana
harum wangi baunya
LAGU 29
Lagu Mana Cacing?
Mana cacing (2X)
Di sini (2X)
Hidup dalam tanah (2X)
Sembunyi (2X)
Mana cacing (2X)
Makan apa (2X)
Saya makan daun (2X)
Sedapnya (2X)
tune: lagu mana ibu
LAGU 30
Lagu: Lompat Si Katak Lompat
Lompat si katak lompat
Lompatlah tinggi-tinggi
Katak berkaki empat
Bertelur dalam perigi
Telur dilindung buih
Menetas jadi berudu
Berenang di dalam air
Ke hilir mencari ibu
c/o:
Berudu-berudu makin membesar
Tumbuh kaki belakang
Kaki depan keluar
Ekor panjang hilang
Berudu dah cukup sifat
Jejari mula melekat
Anak katak menjadi kuat
Ke darat terus melompat
LAGU 31
Lompat Si Katak Lompat -versi tradisional
Lompat si katak lompat
Lompatlah tinggi-tinggi
Cepatlah adik cepat
Cepatlah bangun pagi-pagi
c/o:
Kalau adik malas lagi
Malas bangun pagi
La la la la la la la ( 2x)
Nanti kita rugi.
LAGU 32
Lagu: Air Pasang Pagi
Air pasang pagi
Surut pukul lima
Nyonya bangun pagi
Siram pokok bunga
Pokok bunga Melur
Tanam tepi batas
Itik bertelur
ayam menetas
Cik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit-jerit
Naik kereta api sampai Kuala Lumpur
Jumpa bini cantik terselit dalam dapur
pur pur pur pur.......
LAGU 33
Lagu: Bunyi Jam
Tik tok tiki tiki tok
Bunyi jam di dinding rumahku
Tik tok tiki tiki tok
Masa terus berlalu
Belajar bermain masanya tertentu
Tra la la tra la la
Tra la li tra la la
Tra la lu tra la lu
Aku belajar selalu
Tik tok tiki tiki tok
Bunyi jam mengingatkanku
Tik tok tiki tiki tok
Masa terus berlalu.
LAGU 34
Lagu: Kereta api
Cus cus cus keretapi,
Cus cus cus cus bunyinya
Laju-laju ke depan hebat sekali
Tar tar tar bunyi roda
Pon pon bunyi semboyan
Saya sangat gembira
Bersama kawan-kawan
LAGU 35
Lagu: Sayang Keluarga
Satu satu saya sayang ibu
dua saya sayang ayah
Tiga tiga sayang adik kakak
1 2 3 sayang semuanya.
LAGU 36
Lagu: Rajin Adik Rajin
Rajin adik rajin
Rajinlah belajar
Bila besar nanti
Boleh tunjuk ajar
Ayah juga ibu
Gembira selalu
Melihat adikku
Rajin baca buku
LAGU 37
Lagu: Angin
Lembut hembusannya dapat ku rasa
Tak nampak rupanya pegang tak jaya
Bertiup Perlahan ku rasa nyaman
Bila jadi ribut orang pun takut
Banyaklah gunanya banyak bencana
Jangan dirisaukan kurniaan Tuhan
Kadang kala kencang dia memberang
Kadang kala dingin itulah angin.
LAGU 38
Lagu: Bintang Kecil
Bintang kecil di langit yang tinggi
amat indah menghias angkasa
aku ingin terbang
dan menari jauh
tinggi ke tempat kau berada
Aku ingin terbang dan menari
Jauh tinggi ke tempat kau berada
LAGU 39
Lagu: Hujan Dah Turun
Tip tap tip tap
hujan dah turun
Tip tap tip tap
hujan dah turun
Tip tap tip tap
baju dah basah
Mari kita ambil payung.
LAGU 40
labah-labah.
satu labah labah
cuba panjat tinggi
bila hujan turun
labah cepat lari
terbit matahari
hujan tiada lagi
labah labah cuba panjat
sekali lagi.
LAGU 41
TEKO COMEL
Saya teko comel
Cantik dan menarik
Ini tangkai saya
Ini muncung saya
Bila wap keluar
saya pun berbunyi
Angkat saya
dan tuangkannya
LAGU 42..
HUJAN
Tik tok.. tik tok..,
hujan dah turun
Tik tok.. tik tok..,
Hujan dah turun
Tik tok.. tik tok..
Baju dah basah
Mari kita ambil payung..
LAGU 43
PONDOK DI HUTAN
Sebuah pondok di dalam hutan,
Si anak rusa di tingkap memandang,
Seekor arnab berlari-lari,
Mengetuk pintu,
” tolong-tolong” katanya
”Si pemburu nak tembak saya”
Mari masuk ke dalam
Bersuka ria..
LAGU 44
BURUNG-BURUNG RIANG
Pagi dah menjelma,
Bersinar suria,
Hari pun cerah,
Burung-burung pula,
Terbang sini sana
Menyayi riang
Bila hari petang
Burung-burung pulang
Masuk ke sarang
Hari mulai gelap
Suria pun terbenam
Hari pun malam.
LAGU 45
BAJU BARU
Ku pakai baju baru
Dibeli oleh ibu
Sungguh riang rasa hatiku
Bila berjalan-berjalan
bersama kawan-kawan
akan ku pakai baju baru
Bila berjalan jalan
bersama kawan-kawan
akan ku pakai baju baru
(ULANG 2X)
LAGU 46
DENGAR PESANAN
Dengar pesan ibu
Dengar pesan Ayah
Rajin baca buku
Rajin ke sekolah
Dengar pesan guru
Buat kerja rumah
Balik tolong ibu
Juga tolong ayah ( 2x)
LAGU 47
RAMA-RAMA
Sayapnya berwarna-warni
Sesungut bercabang dua
Menghisap madu manis rasanya
Itulah dia si rama-rama
Subscribe to:
Posts (Atom)