Thursday, March 9, 2017

Gotong Royong Khidmat Masyarakat Batch 4







SESI PENGAJARAN DI TADIKA KEMAS JERANGAU











Lawatan ke Pusat Dalam Komuniti









KEBAIKAN ICT UNTUK KANAK-KANAK

Kecanggihan atau pemodenan teknologi pada hari ini begitu pesat membangun terutama dalam bidang ICT. Antara teknologi ICT ialah komputer, telefon, televisyen, internet, telefon bimbit, permainan digital dan pelbagai lagi yang boleh kita temui pada hari ini. Malah teknologi ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Melalui penggunaan ICT pelbagai manfaat yang kita mampu perolehi termasuk kepada kanak-kanak. Terdapat beberapa kebaikan ICT kepada kanak-kanak ialah :


1-      MEMUDAHKAN PROSES PEMBELAJARAN KEPADA KANAK-KANAK
Dengan  penggunaan ICT proses pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak pra sekolah akan lebih mudahdan senang. Dengan adanya penggunaan ICT di dalam kelas tahap pencapaian kefahaman murid akan lebih tinggi. Murid-murid akan lebih cepat memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru dan guru akan lebih mudah unuk memberi kefahaman kepada murid. Oleh itu, proses pengajaran akan lebih mudah dan berkesan.

2-      MENINGKATKAN DAYA KREATIVITI DAN IMAGENASI
Melalui ICT mampu meningkatkan daya kreativiti dan imegenasi murid. Kana-kanak akan lebih cepat bertindak balas apabila mendapat sesuatu yang nyata dan mempunyai daya tarikan warna yang menarik, cahaya, bunyi dan gambar. Penggunaan ICT dapat memberi gambaran sesuatu yang jelas akan membolehkan murid lebih cepat berfikir.

3-      MAHIR PENGGUNAAN ICT    
Kemajuan teknologi pada hari ini memperlihatkan bertapa pentingnya kemudahan teknologi. Boleh dikatakan setiap orang mampu dan pandai menggunakan teknologi moden teruma berkaitan ICT.

4-      KUALITI PDP
Kualiti ini akan bertambah baik seadainya teknologi ICT diimplementasikan kerana teknologi tersebut boleh meningkatkan minat dan motivasi kanak-kanak, di samping boleh mempercepatkan proses sesi pembelajaran. Dengan adanya kemahiran teknologi ICT memberi perubahan kepada kanak-kanak dari segi penimbaan, penggunaan dan pengedaran ilmu pengetahuan.

KELEMAHAN ICT UNTUK KANAK-KANAK

Ø  Kanak-kanak menjadi ketagih apabila bermain komputer yang mempunyai permainan yang menarik dan permainan tersebut memberi ganjaran apabila berjaya. Oleh itu, kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi menyebabkan mereka ketagih sehingga menjejaskan kesihatan mereka dari segi mata dan kesihatan fizikal lain.

Ø  ICT juga memberikan impak yang buruk kepada kanak-kanak jika tidak di cegah atau dikawal dari awal dan boleh menyebabkan kanak-kanak dapat mengetahui perkara yang melankaui batas umur perkembangan mereak yang tidak sepatutnya ketahui. Sebagai contoh bahan-bahan pronologi yang banyak tersebar di laman sosial.

Ø  Dengan penggunaan teknologi juga kanak-kanak akan mengalami masalah pembelajaran dari segi sebutan yang tidak betul kerana mereka hanya mendengar sahaja perkataan tersebut tetapi tidak menyebut sendiri. Hal ini, menyebabkan artikulasi mereka tidak terlatih menyebabkan sebutan mereka kurang betul.


Ø  Kanak-kanak akan tidak menunjukkan bakat sebenar mereka terhadap sesuatu perkara yang tidak dapat dinilai dan menyebabkan bakat kanak-kanak terbiar begitu sahaja. Oleh kerana deria perkembangan mereka tidak berkembang kerana mereka tidak  mengetahui sesuatu yang sebenar. 

RAPLIKA TADIKA PINTAR CERDAS

 Antara tugasan yang telah diberikan kepada kami pada semester 2 iaitu, kami ditugaskan untuk membuat pelan tadika dan raplika tadika oleh pensyarah. Kami telah diberi diberi masa untuk menyiapkan raplika tadika yang di impikan oleh kami semua. Selain itu, tadika kami berkonsepkan tadika yang ceria dan digemari oleh semua kanak-kanak. Hasil kerja yang telah kami lakukan ini dengan jayanya serta semangat kumpulan yang sangat bekerjasama antara satu sama lain dalam proses membuat pelan tadika ini.






Tuesday, March 7, 2017

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT






KEPENTINGAN PENGGUNAAN ICT DALAM PEMBELAJARAN KANAK-KANAK

Ø  Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan hasil pembelajaran. Hal ini kerana ia membantu guru untuk mendapatkan bahan pengajaran dan guru dapat membuat persiapan dan bersedia dengan lebih awal dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.

Ø  Proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik dan berkesan contohnya menggunakan alat powerpoint, flash, video, visual dan mereka hanya perlu mengaplikasikan alatan tersebut ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Ø  Mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam ICT.

Ø  Melalui penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran guru dan murid akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi.

Ø  Memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua murid mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang di ajar oleh guru. Walaupun terdapat murid yang agak lemah di dalam kelas, namun mereka juga boleh belajar dan menggunakan kompter di kelas.

Ø  Pengunaan peralatan seperti ICT amat penting dalam membantu murid untuk menjelajah dunia internet dan melalui internet, mereka dapat membuat banyak aktiviti yang melibatkan perkembangan kognitif kanak-kanak yang mendorong mereka terlibat secara lebih aktif dalam pembelajaran.

Ø  Membolehkan murid mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksana dengan cara biasa serta dapat meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi mereka.

Sunday, March 5, 2017

LIRIK LAGU KANAK-KANAK

LAGU 1 → BANGUN PAGI 😐

BANGUN PAGI GOSOK GIGI,
CUCI MUKA TERUS MANDI,
PAKAI BAJU MINUM SUSU,
SALAM AYAH DAN IBU,

PERGI SEKOLAH JALAN KAKI,
JUMPA CIKGU DEPAN PINTU,
SELAMAT PAGI CIKGU SA'AMAH,
SELAMAT PAGI CIKGU AISHAH,

RAJIN BELAJAR CIKGU AJAR,
PANDAI TULIS, PANDAI LUKIS,
PANDAI NYANYI, BACA BUKU,
SEMUA ORANG SUKA HATI,

KALAU KITA RAJIN USAHA,
IBUBAPA GEMBIRA,
MARI KAWAN SAMA-SAMA,
PASTI KITA BERJAYA !

LAGU 2
"TANGAN SAYA"


TANGAN DI KEPALAKU,
DI MUKA DAN DI BAHU,
DI PINGGANG, DI SISI,
DI BELAKANG KU SEMBUNYI,

KU ANGKAT TINGGI,
JEJARI KU MENARI,
KE DEPAN TANGAN KU,
TEPUK TANGAN BERSAMA, YES


LAGU 3
"MANA IBU"

MANA IBU, MANA IBU,
DI SINI, DI SINI,
APA KHABAR AWAK,
SAYA KHABAR BAIK,
LARI SEMBUNYI, LARI SEMBUNYI.
(ulang untuk telunjuk, hantu, manis dan kelingking)


LAGU 4
"TANYA SAMA POKOK"

TANYA SAMA POKOK,
APA SEBAB GOYANG,
NANTI JAWAB POKOK,
ANGIN YANG GOYANG
,
TANYA SAMA ANGIN,
APA SEBAB GOYANG,
NANTI JAWAB ANGIN,
TANYALAH AWAN.

AWAN NANTI KATA,
AKU KANDUNG AIR,
SAMPAI TEMPAT TEDUH,
AKU PUN CAIR,

LIHAT DALAM AIR,
NAMPAK BAYANG-BAYANG,
CAMPAK SATU BATU,
BAYANG PUN HILANG.

LAGU 5
"RUMAH KECIL SAYA"
RUMAH KECIL SAYA,
ADA TAMAN BUNGA,
BUNGA WARNA WARNI,
HARUM DAN WANGI,

RUMAH KECIL SAYA,
ADA TINGKAP DUA,
LANGSIR WARNA BIRU,
DIBUAT IBU


LAGU 6
"RAMA-RAMA"


DARI ULAT JADI KEPOMPONG,
TIDUR NYENYAK DALAM KELONGSONG,
CUKUP MASA KELONGSONG PECAH,
POM! POM!
JADILAH RAMA-RAMA YANG INDAH,

RAMA-RAMA TERBANG MERATA,
HISAP MADU DI POHON BUNGA
SUNGGUH CANTIK ANEKA WARNA,
TAPI SAYANG HIDUP TAK LAMA,

BEGITULAH HIDUP MANUSIA,
PADA ALLAH KITA BERDOA,
AGAR JADI INSAN MULIA,
TAPI SAYANG HIDUP TAK LAMA.

LAGU 7
"MATA SAYA"

MATA SAYA DUA,
HIDUNG SAYA SATU,
TELINGA SAYA DUA,
KIRI DAN KANAN,

KAKI SAYA DUA, PAKAI KASUT BARU,
MULUT SAYA SATU,
TAK HENTI MAKAN.

LAGU 8
"ANGKAT TANGAN"

ANGKATLAH TANGAN KANAN,
ANGKATLAH TANGAN KIRI,
GOYANGKAN TANGAN KANAN,
GOYANGKAN TANGAN KIRI,

TUNJUKKAN KAKI KANAN,
TUNJUKKAN KAKI KIRI,
HENTAKKAN KAKI KANAN,
HENTAKKAN KAKI KIRI.

LAGU 9
"IKAN KEKEK"


IKAN KEKEK MAK ILOI, ILOI,
IKAN GELAMA MAK ILAI, ILAI,
SUNGGUH CANTIK ADIKKU AMBOI,
TAPI KETAWA MENGILAI-NGILAI.

IKAN KEKEK MAK ILOI, ILOI,
IKAN GELAMA MAK ILAI, ILAI,
KALAU ADIK NAK JADI PANDAI,
MARI BELAJAR, JANGANLAH LALAI.

IKAN KEKEK HOI !,
IKAN KEKEK.......

LAGU 10
"GAJAH
"

GAJAH BERKAKI EMPAT,
GELEK, GELEK,
GAJAH BELALAI PANJANG,
GELEK, GELEK,

GADING DIA PANJANG,
TAPI TIDAK MAKAN ORANG,
KALAU ADIK INGIN TAHU,
APA MAKANAN GAJAH,
LA, LA, LA, LA...................
GAJAH MAKAN TEBU.

LAGU 11
"GAJAH 2"

APABILA BILA BULAN TERANG BERSERI,
SEEKOR GAJAH KELUAR MENARI,
LENGGOK KE KANAN, DAN LENGGOK KE KIRI,
JEMPUT SEEKOR, KELUAR MENARI.

LAGU 12
"AWAN"

AWAN BERGERAK, GERAK,
PUTIH SEPERTI KAPAS,
RUPA CANTIK BERCORAK,
BERGERAK DENGAN BEBAS

LAGU 13
"KERETA KECIL"


BAPAKU PULANG DARI KOTA,
BAPAKU BELIKAN KERETA,
KERETA KECIL WARNA MERAH,
BOLEH KU BAWA KE SEKOLAH,

PON, PON, PON, PON, PON, PON, PON,
KERETA KECIL KU BERBUNYI,
MARILAH ADIK MARI NAIK,
BOLEH KU BAWA KE RUMAH NENEK.

LAGU 14
"ULAT GONGGOK"

DATANGLAH ULAT GONGGOK,
JALAN BERLENGGANG LENGGOK,
DI MANAKAH KAKI SAYA,
KALAU IA TAK JUMPA,

KAN KU CARI JUA,
WALAU PUN KE KAMPUNG JAWA,
LOMPATLAH, LOMPATLAH,
DI MANAKAH KAKI SAYA,

KALAU IA TAK JUMPA,
KAN KU CARI JUA,
WALAU PUN KE KAMPUNG JAWA.
LAGU 15
"GAJAH 3"


BELALAI GAJAH PANJANG,
BADAN HITAM BESAR,
KAKI MACAM TIANG,
DUA TELINGA LEBAR,

TELINGA MACAM KIPAS,
JALAN BONGKOK-BONGKOK,
GAJAH TIDAK MALAS,
KUAT TOLAK POKOK.

LAGU 16
"BINTANG KECIL"


BINTANG KECIL DI LANGIT YANG TINGGI,
AMAT INDAH MENGHIAS ANGKASA,
AKU INGIN TERBANG DAN MENARI,
JAUH TINGGAI DI TEMPAT KAU BERADA.


LAGU 17
"BILA KITA BERKUMPUL"

BILA KITA BERKUMPUL,
BERKUMPUL, BERKUMPUL,
BILA KITA BERKUMPUL,
RASA GEMBIRA,

KAWAN KU, KAWAN MU,
KAWAN MU, KAWAN KU,
BILA KITA BERKUMPUL RASA GEMBIRA.


LAGU 18
LAGU TIGA KUPANG 


Lagu tiga kupang
Saku penuh padi
Enam ekor burung
Masuk dalam kuali

Bila sudah masak
Burung nyanyi saja
Tentu sedap makan
Beri pada raja

( korus )Raja dalam rumah
Buat kira-kira
Suri dalam dapur
Makan roti gula hey !

Dayang tepi kolam
Mahu jemur tepung
Datang burung hitam
Pagut batang hidung


LAGU 19
BANGAU OH BANGAU
BANGAU OH BANGAU
KENAPA ENGKAU KURUS
MACAM MANE AKU TAK KURUS
RUMPUT PANJANG SANGAT (2x)

RUMPUT OH RUMPUT
KENAPA PANJANG SANGAT
MACAM MANE AKU TAK PANJANG
KERBAU TAK MAKAN AKU.....KERBAU OH KERBAU

KENAPA TAK MAKAN RUMPUT
MACAM MANE AKU NAK MAKAN
PERUT AKU SAKIT (2X)

PERUT OH PERUT
KENAPA ENGKAU SAKIT
MACAM MANA AKU TAK SAKIT
KAYU API BASAH(2X)

KAYU OH KAYU
KENAPA ENGKAU BASAH
MACAM NAMA AKU TAK BASAH
HUJAN TIMPA KAYU (2X)


HUJAN OH HUJAN
KENAPA ENGKAU TIMPA KAYU
MACAM MANA AKU TAK TIMPA
KATAK PANGGIL AKU (2X)

KATAK OH KATAK
KENAPA PANGGIL HUJAN
MACAM MANA AKU TAK PANGGIL
ULAR NAK MAKAN AKU (2X)

ULAR 0H ULAR
KENAPA NAK MAKAN KATAK
MACAM MANA AKU TAK MAKAN
MEMANG MAKANAN AKU..(2x)

LAGU 20
BURUNG KAKAK TUA 


burung kakak tua
hinggap di jendela
nenek sudah tua
giginya tinggal dua
lecum.. lecum....lecum ulala....
lecum.. lecum....lecum ulala....lecum..
lecum....lecum ulala....
giginya tinggai 2


LAGU 21
Can Mali Can


Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can Ooo Ooo
Can Mali Can
Ketipung Payung
Ooo... Ooo... Ooo...Can Mali Can
Ooo Ooo Can Mali Can
Ooo Ooo Can Mali Can Ketipung Payung
Ooo... Ooo... Ooo...Can Mali Can
Ooo Ooo Can Mali Can
Ooo Ooo Can Mali Can Ketipung Payung


LAGU 22
ANAK RUSA NANI


anak rusa nani
baru kembang ekor
apa salah kami
lalu tidak tegur

anak rusa nani
baru pandai jalan
apa salah kami
harap di maaf kan..


LAGU 23
Jong Jong Inai


Jong jong inai Mak ipong waja wali( 2X )
Jong jong inaiMak ipong waja wali
Sepak tunggul inai
Berdarah ibu kaki( 2X )

Semangkuk jerluk
Sepinggan dagang
Tak cukup pulut
Tambah nasi dagang( 2X )

Jong jong inai
Mak ipong waja wali( 2X )


LAGU 24
Rasa Sayang
Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey
( di ikuti dengan pantun klasik/tradisional )

Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey


LAGU 25
Tepuk Amai-Amai


Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Tepuk ramai-ramai
Emak upah susu

Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Adik jangan menangis
Emak ada kerja

LAGU 26
Lagu: Kucing Saya

Saya ada kucing
Ekornya panjang
Bulu warna putih
Cantik berbelang

Bila saya panggil
Dia pun datang
Tersangat manjanya
Saya pun sayang

Saya beri makan
Nasi campur ikan
Beri minum susu
Riang selalu

Jaga waktu malam
Tidur waktu siangT
ersangat manjanya
Saya pun sayang


LAGU 27
LAGU: ANGKAT TANGAN


ANGKATLAH TANGAN KANAN,
ANGKATLAH TANGAN KIRI,
GOYANGKAN TANGAN KANAN,
GOYANGKAN TANGAN KIRI,

TUNJUKKAN KAKI KANAN,
TUNJUKKAN KAKI KIRI,
HENTAKKAN KAKI KANAN,
HENTAKKAN KAKI KIRI.


LAGU 28
Lagu: Ku Tanam Pokok Bunga

kutanam pokok bunga
bunga mawar namanya
kusiram dan kujaga
lama besar jadinya

kupetik bunga mawar
kuselit di telinga
kujalan sini sana
harum wangi baunya


LAGU 29
Lagu Mana Cacing?

Mana cacing (2X)
Di sini (2X)
Hidup dalam tanah (2X)
Sembunyi (2X)

Mana cacing (2X)
Makan apa (2X)
Saya makan daun (2X)
Sedapnya (2X)

tune: lagu mana ibu


LAGU 30
Lagu: Lompat Si Katak Lompat

Lompat si katak lompat
Lompatlah tinggi-tinggi
Katak berkaki empat
Bertelur dalam perigi

Telur dilindung buih
Menetas jadi berudu
Berenang di dalam air
Ke hilir mencari ibu

c/o:
Berudu-berudu makin membesar
Tumbuh kaki belakang
Kaki depan keluar
Ekor panjang hilang

Berudu dah cukup sifat
Jejari mula melekat
Anak katak menjadi kuat
Ke darat terus melompat

LAGU 31
Lompat Si Katak Lompat -versi tradisional
 


Lompat si katak lompat
Lompatlah tinggi-tinggi
Cepatlah adik cepat
Cepatlah bangun pagi-pagi

c/o:
Kalau adik malas lagi
Malas bangun pagi
La la la la la la la ( 2x)
Nanti kita rugi.


LAGU 32
Lagu: Air Pasang Pagi


Air pasang pagi
Surut pukul lima
Nyonya bangun pagi
Siram pokok bunga

Pokok bunga Melur
Tanam tepi batas
Itik bertelur
ayam menetas

Cik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit-jerit
Naik kereta api sampai Kuala Lumpur
Jumpa bini cantik terselit dalam dapur
pur pur pur pur.......


LAGU 33
Lagu: Bunyi Jam


Tik tok tiki tiki tok
Bunyi jam di dinding rumahku
Tik tok tiki tiki tok
Masa terus berlalu
Belajar bermain masanya tertentu

Tra la la tra la la
Tra la li tra la la
Tra la lu tra la lu
Aku belajar selalu

Tik tok tiki tiki tok
Bunyi jam mengingatkanku
Tik tok tiki tiki tok
Masa terus berlalu.


LAGU 34
Lagu: Kereta api


Cus cus cus keretapi,
Cus cus cus cus bunyinya
Laju-laju ke depan hebat sekali
Tar tar tar bunyi roda
Pon pon bunyi semboyan
Saya sangat gembira
Bersama kawan-kawan

LAGU 35
Lagu: Sayang Keluarga


Satu satu saya sayang ibu
dua saya sayang ayah
Tiga tiga sayang adik kakak
1 2 3 sayang semuanya.


LAGU 36
Lagu: Rajin Adik Rajin


Rajin adik rajin
Rajinlah belajar
Bila besar nanti
Boleh tunjuk ajar
Ayah juga ibu
Gembira selalu
Melihat adikku
Rajin baca buku

LAGU 37
Lagu: Angin 


Lembut hembusannya dapat ku rasa
Tak nampak rupanya pegang tak jaya
Bertiup Perlahan ku rasa nyaman
Bila jadi ribut orang pun takut
Banyaklah gunanya banyak bencana
Jangan dirisaukan kurniaan Tuhan
Kadang kala kencang dia memberang
Kadang kala dingin itulah angin.

LAGU 38
Lagu: Bintang Kecil


Bintang kecil di langit yang tinggi
amat indah menghias angkasa 
aku ingin terbang
dan menari jauh 
tinggi ke tempat kau berada
Aku ingin terbang dan menari
Jauh tinggi ke tempat kau berada


LAGU 39
Lagu: Hujan Dah Turun
 


Tip tap tip tap 
hujan dah turun 
Tip tap tip tap 
hujan dah turun 
Tip tap tip tap 
baju dah basah 
Mari kita ambil payung.

LAGU 40
labah-labah.

satu labah labah

cuba panjat tinggi 
bila hujan turun 
labah cepat lari
terbit matahari 
hujan tiada lagi 
labah labah cuba panjat 
sekali lagi.

LAGU 41
TEKO COMEL


Saya teko comel

Cantik dan menarik
Ini tangkai saya
Ini muncung saya

Bila wap keluar
saya pun berbunyi
Angkat saya 
dan tuangkannya

LAGU 42..
HUJAN

Tik tok.. tik tok..,
hujan dah turun
Tik tok.. tik tok..,
Hujan dah turun
Tik tok.. tik tok..
Baju dah basah
Mari kita ambil payung..

LAGU 43
PONDOK DI HUTAN
Sebuah pondok di dalam hutan,
Si anak rusa di tingkap memandang,
Seekor arnab berlari-lari,
Mengetuk pintu,

” tolong-tolong” katanya
”Si pemburu nak tembak saya”

Mari masuk ke dalam
Bersuka ria..

LAGU 44
BURUNG-BURUNG RIANG

Pagi dah menjelma,
Bersinar suria,
Hari pun cerah,

Burung-burung pula,
Terbang sini sana
Menyayi riang

Bila hari petang
Burung-burung pulang
Masuk ke sarang

Hari mulai gelap
Suria pun terbenam
Hari pun malam.


LAGU 45
BAJU BARU


Ku pakai baju baru
Dibeli oleh ibu
Sungguh riang rasa hatiku
Bila berjalan-berjalan
bersama kawan-kawan
akan ku pakai baju baru
Bila berjalan jalan
bersama kawan-kawan
akan ku pakai baju baru

(ULANG 2X)

LAGU 46
DENGAR PESANAN


Dengar pesan ibu
Dengar pesan Ayah
Rajin baca buku
Rajin ke sekolah

Dengar pesan guru
Buat kerja rumah
Balik tolong ibu
Juga tolong ayah ( 2x)


LAGU 47
RAMA-RAMA


Sayapnya berwarna-warni
Sesungut bercabang dua
Menghisap madu manis rasanya
Itulah dia si rama-rama



Sunday, February 5, 2017

TENTANG KAMI. . .

Assalamualaikum Haiii, sebelum kami melangkah lebih jauh, kami semua ingin memperkenal diri kami semua terlebih dahulu ye . . hihi , Kami merupakan pelajar KOLEJ KETENGAH iaitu jurusan DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK, kami telah diberi tugasan oleh pensyarah kesayangan kami iaitu PUAN UMI AZIANAWATI BT MOHAMED @ ABD AZIZ untuk membuat sebuah blog yang berkaitan dengan ICT KEPADA KANAK-KANAK , Kami semua berasa bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia , kami semua dapat membina sebuah blog daripada hasil titik peluh kami sendiri :)