Thursday, March 9, 2017

Gotong Royong Khidmat Masyarakat Batch 4







SESI PENGAJARAN DI TADIKA KEMAS JERANGAU











Lawatan ke Pusat Dalam Komuniti









KEBAIKAN ICT UNTUK KANAK-KANAK

Kecanggihan atau pemodenan teknologi pada hari ini begitu pesat membangun terutama dalam bidang ICT. Antara teknologi ICT ialah komputer, telefon, televisyen, internet, telefon bimbit, permainan digital dan pelbagai lagi yang boleh kita temui pada hari ini. Malah teknologi ini terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Melalui penggunaan ICT pelbagai manfaat yang kita mampu perolehi termasuk kepada kanak-kanak. Terdapat beberapa kebaikan ICT kepada kanak-kanak ialah :


1-      MEMUDAHKAN PROSES PEMBELAJARAN KEPADA KANAK-KANAK
Dengan  penggunaan ICT proses pengajaran dan pembelajaran untuk kanak-kanak pra sekolah akan lebih mudahdan senang. Dengan adanya penggunaan ICT di dalam kelas tahap pencapaian kefahaman murid akan lebih tinggi. Murid-murid akan lebih cepat memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru dan guru akan lebih mudah unuk memberi kefahaman kepada murid. Oleh itu, proses pengajaran akan lebih mudah dan berkesan.

2-      MENINGKATKAN DAYA KREATIVITI DAN IMAGENASI
Melalui ICT mampu meningkatkan daya kreativiti dan imegenasi murid. Kana-kanak akan lebih cepat bertindak balas apabila mendapat sesuatu yang nyata dan mempunyai daya tarikan warna yang menarik, cahaya, bunyi dan gambar. Penggunaan ICT dapat memberi gambaran sesuatu yang jelas akan membolehkan murid lebih cepat berfikir.

3-      MAHIR PENGGUNAAN ICT    
Kemajuan teknologi pada hari ini memperlihatkan bertapa pentingnya kemudahan teknologi. Boleh dikatakan setiap orang mampu dan pandai menggunakan teknologi moden teruma berkaitan ICT.

4-      KUALITI PDP
Kualiti ini akan bertambah baik seadainya teknologi ICT diimplementasikan kerana teknologi tersebut boleh meningkatkan minat dan motivasi kanak-kanak, di samping boleh mempercepatkan proses sesi pembelajaran. Dengan adanya kemahiran teknologi ICT memberi perubahan kepada kanak-kanak dari segi penimbaan, penggunaan dan pengedaran ilmu pengetahuan.

KELEMAHAN ICT UNTUK KANAK-KANAK

Ø  Kanak-kanak menjadi ketagih apabila bermain komputer yang mempunyai permainan yang menarik dan permainan tersebut memberi ganjaran apabila berjaya. Oleh itu, kanak-kanak mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi menyebabkan mereka ketagih sehingga menjejaskan kesihatan mereka dari segi mata dan kesihatan fizikal lain.

Ø  ICT juga memberikan impak yang buruk kepada kanak-kanak jika tidak di cegah atau dikawal dari awal dan boleh menyebabkan kanak-kanak dapat mengetahui perkara yang melankaui batas umur perkembangan mereak yang tidak sepatutnya ketahui. Sebagai contoh bahan-bahan pronologi yang banyak tersebar di laman sosial.

Ø  Dengan penggunaan teknologi juga kanak-kanak akan mengalami masalah pembelajaran dari segi sebutan yang tidak betul kerana mereka hanya mendengar sahaja perkataan tersebut tetapi tidak menyebut sendiri. Hal ini, menyebabkan artikulasi mereka tidak terlatih menyebabkan sebutan mereka kurang betul.


Ø  Kanak-kanak akan tidak menunjukkan bakat sebenar mereka terhadap sesuatu perkara yang tidak dapat dinilai dan menyebabkan bakat kanak-kanak terbiar begitu sahaja. Oleh kerana deria perkembangan mereka tidak berkembang kerana mereka tidak  mengetahui sesuatu yang sebenar. 

RAPLIKA TADIKA PINTAR CERDAS

 Antara tugasan yang telah diberikan kepada kami pada semester 2 iaitu, kami ditugaskan untuk membuat pelan tadika dan raplika tadika oleh pensyarah. Kami telah diberi diberi masa untuk menyiapkan raplika tadika yang di impikan oleh kami semua. Selain itu, tadika kami berkonsepkan tadika yang ceria dan digemari oleh semua kanak-kanak. Hasil kerja yang telah kami lakukan ini dengan jayanya serta semangat kumpulan yang sangat bekerjasama antara satu sama lain dalam proses membuat pelan tadika ini.